Tuesday, 12 March 2019

AYAM PANGGANG ROSEMARY


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu makan jintan kasar
  • 2-3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu kecil garam
  • sedikit perasa / kiub / serbuk pati ayam
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 6 biji baby carot
  • sedikit mentega – untuk sapu atas ayam
Cara-caranya:
  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
  9. Siap untuk dihidangkan

MASAK AYAM PEDAS


Bahan-bahan:
  • Ayam setengah ekor
  • Lada kering 8biji (Rebus jangan lama sangat)
  • Bawang merah besar 1biji
  • 2 cubit belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia seinci
  • Kunyit seinci
  • Pes asam jawa 1sudu
  • Tumix atau cukup rasa 1sudu
  • Asam keping (sekeping)
  • Tomato, kesum, bunga kantan
Cara-caranya:
  1. Kisar lada kering, bawang merah, bwg pth, halia, belacan, kunyit smpai betul2 halus
  2. Masuk minyak dlm periuk.minyak dlm 2senduk kecik.tumis bhn kisar sampai naik minyak. Petua dari mak saya untuk asam pedas yang sedap, elok jika dtumis lama. Kalau kering tamabh air dan biar lagi
  3. Masuk ayam. Tambah air & asam jawa
  4. Bila ayam dah lembut masukkan garam, gula sikit, tumix & asam keping
  5. Masuk kantan,tomato dan kesum.Jangan terlalu lama nanti tomato terlalu lembik
  6. Siap untuk dihidangkan

AYAM PANGGANG LEMAK SERAI


Bahan-bahannya : 
  • 1 ekor ayam dara, dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk ketumbar, jintan halus dan jintan kasar
  • 2 Batang serai – dikisar
  • 2 Labu bawang merah- dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 inch halia – dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 mangkok daun pudina dikisar
  • 2 sudu besar santan pekat
  • Garam & Gula secukup rasa (lebihkan gula sedikit)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak untuk menumis
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dikuali
  2. Letakkan bahan2 yang dikisar halus bersama cili kisar, goreng hingga ia kelihatan kering sedikit.
  3. Letakkan garam dan gula, gula nya biar lebih sedikit, supaya manis.
  4. Letakkan ayam seekor atau dibelah dua. Goreng ayam dengan rempahnya. Biarkan ia masak setengah masak.
  5. Kemudian angkat ayam, dan panggang di dalam ketuhar atau dapur arang. Biarkan ia masak.
  6. Dikuah tadi, letakan santan pekat dua sudu, secubit serbuk kunyit dan masukan daun limau purut goreng hingga masak.
  7. Sajikan ayam bakar/panggang anda dengan kuah lemak serai bersama kentang rebus dan timun & tomato atau ikut citarasa.

AYAM MASAK KICAP MADU




Bahan untuk dikisar
  • 5 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit cili kering
Bahan utama
  • 1 ekor ayam(digoreng terlebih dahulu)
  • 5 batang serai(diketuk)
  • Rempah 3 Beradik (ditumis)
  • 100 gram sos cili
  • 400 gram kicap pekat
  • 2 sudu cuku/ air asam jawa
  • 2 sudu madu/gula merah
  • Cili padi/cili merah(hiasan)
  • Garam
  • 1 jug kecil air
  • Sedikit minyak utuk tumisan
Cara-caranya :
  1. Tumiskan rempah 3 beradik,
  2. Masukkn serai ditumis hingga wangi dn masukan bahan yang dikisar.
  3. Tunggu sehingga pecah minyak, masukan kicap, sos,air asam, madu serta masukkan ayam yg telah digoreng.
  4. Tambah sedikit air dalam 1 jug kecil biarkan mendidih sehingga nampak memekat
  5. Masukan daun kari,cili padi,cili merah garam dan rasa
  6. Sedia untuk dihidangkan

Sunday, 12 August 2018

IKAN GORENG CABE IJO




Bahan-bahan
1 kg ikan alu2 segar di potong, lalu goreng kering
Bumbu kasar ;
5 buah tomat hijau iris kasar
4 batang daun bawang uk kecil
2 ruas sereh geprek
4 lbr daun salam potong kasar
Bumbu halus ;
4 butir bawang putih
5 butir bawang merah uk besar
30 cabe keriting hijau

Langkah:
Tumis bumbu halus dgn api besar masukan bumbu kasar,aduk aduk tambahkan sedikit air
Tambahkan gula,garam dan penyedap rasa tnggu sbentar sampai air dlm bumbu 

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM




sumber: google


bahan-bahan :
2 ketul ikan pari (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air
Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.
Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap!

Thursday, 9 August 2018

BEST TAN TAN MAROCCAN SPICED CHICKEN










INGREDIENTS:
1 ekor ayam besar potong portion sederhana besar
3 sudu besar madu
1 1/2 tin susu cair
1 tablespoon butter
1/4 cawan stok ayam atau 1 kiub ayam knorr
1 bawang besar saiz besar (blend)
5 bawang putih (blend)
1 big onion make into rings and fried till brown                                                                                                                                                                                                              )
1 limau kering atau beberapa hiris kulit lemon segar
3 pokok daun sup
2 teaspoons lemon juice
20 dates (cross cut into circular pieces)
flat leaf parsley (extra, for garnish)

DIRECTIONS 
Preheat oven to 400 degrees. Mix together Tan-Tan, olive oil and warm water to make a paste; set aside. Melt butter in a Dutch oven or deep skillet over medium-high heat. Add Tan-Tan paste and chicken and stir to coat. Cook chicken strips for 1 min. on each side. Stir in stock and onions, and then lay parsley leaves on top. Cover and bake until chicken is tender, 20 to 25 min. Remove from oven and reduce heat to 200 degrees. Discard parsley, transfer chicken to an ovenproof dish and return to oven to keep warm. Bring remaining sauce in Dutch oven to a simmer on the stovetop. Add lemon juice, preserved lemon pulp and dates. Simmer for 4 to 5 min. until dates are heated through. Turn off heat and stir in preserved lemon rind. Remove chicken from oven and place on a serving platter. Spoon sauce over dish and garnish with fresh parsley leaves.



INGREDIENTS OF TAN-TAN MAROCCAN SEASONING
1tablespoon ground cumin
1tablespoon ground ginger
1 teaspoon salt
1tablespoon black pepper
1/2 tablespoon ground cinnamon
2 tablespoon ground coriander
1/2 tablespoon cayenne
1/2 teaspoon thyme
1/2 teaspoon origano
1/2 teaspoon rosmarry
1/2 teaspoon basil
1/4 tablespoon ground cloves

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...