Wednesday, 8 August 2018

IKAN YU MASAK MASAM KUNYIT



sumber: google

Bahan-bahan diperlukan:
2 ekor ikan yu yang sederhana besar
2 sudu makan chili giling
3 ulas Bawang Merah ( ditumbuk halus)
2 ulas Bawang Putih ( ditumbuk halus )
1 inci Halia & Lengkuas ( ditumbuk halus )
2 sudu besar tepung kunyit
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kari
1 keping asam gelugur
garanm & serbuk perisa



Cara menyediakan dan memasak:
Rebuskan ikan Yu selama 10 minit bagi membuangkan kulit ikan Yu yang ada berpasir sedikit.
Lepas itu basuhkan ikan tersebut dan potong ikut sesuka hati anda
Tumiskan bahan- bahan diatas bersama asam gelugur sampai naik bau.
Lepas itu masukkan serbuk kunyit & kari ..biarkan sekejap
Kemudian masukkan ikan dan sedikit air, pastikan air tidak terlampau banyak.
Lepas itu masukkan garam dan serbuk perisa.
Biarkan selama 10 minit dan biarkan kuahnya nampak pekat sedikit.
Selepas itu bolehlah di angkat dan dihidangkan bersama nasi putih yang panas...


No comments:

Post a Comment

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...