Monday, 22 January 2018

KARI KERANG DAN BETIK MUDA

KARI KERANG & BETIK...


FROM GOOGLE




BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg kerang segar, cuci bersih dan toskan
1 biji betik mengkal kekuningan, kupas kulit, buang biji dan potong kiub
250 ml pati santan
1 liter santan cair
Sedikit air jika perlu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna "Babas")
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawag merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/3 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :
Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan rempah kari + bahan kisar halus dan biar hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan kerang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga kerang masak (mudah terbuka). Masukkan betik dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau sekali sekala. Masak dengan api sederhana..
Bila betik lembut sedikit, rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...