Showing posts with label GRAVY. Show all posts
Showing posts with label GRAVY. Show all posts

Tuesday, 12 March 2019

AYAM SAPIT


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam di potong 12 Atau 5 Keping Peha Ayam
  • 3 biji buah keras – ditumbuk halus
  • 4 cm (1.5 inch) lengkuas – dikisar
  • 4 cm (1.5 inch) halia – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 batang serai – di titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar (coriander)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
  • Bahan2 di atas digaulkan pada ayam dan perapkan
  • dalam 1/2 atau 1 jam
  • 100ml krim santan
  • 6 helai daun limau purut
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya :
  1. Rempahkan ayam dengan serbuk-serbuk rempah kunyit, ketumbar, jintan manis & putih, perapkan dalam setengah atau satu jam.
  2. Panaskan minyak di kuali, letakan sera, bahan-bahan rencah yang di kisar. Goreng hingga wangi.
  3. Letakkan 1 cawan air dan daun limau purut.
  4. Letakkan ayam yang sudah di perap, bersama garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak hingga ayam masak dan biarkan kuah nya pekat sedikit.
  6. Letakkan krim santan pada kuahnya, gaulkan rata.
  7. Bila ayam sudah masak, angkat ayam.
  8. Goreng ayam di kuali tanpa minyak, golek2kan supaya ada bekas tanda2 bakar.
  9. Boleh di letakan di ketuhar (api atas 170C atau panggang di atas bara arang. Bila disajikan tuangkan kuah di atas ayam.
  10. Sesuai di sajikan dengan lontong, ketupat atau nasi putih bersama hidangan juadah lain

MASAK AYAM PEDAS


Bahan-bahan:
  • Ayam setengah ekor
  • Lada kering 8biji (Rebus jangan lama sangat)
  • Bawang merah besar 1biji
  • 2 cubit belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia seinci
  • Kunyit seinci
  • Pes asam jawa 1sudu
  • Tumix atau cukup rasa 1sudu
  • Asam keping (sekeping)
  • Tomato, kesum, bunga kantan
Cara-caranya:
  1. Kisar lada kering, bawang merah, bwg pth, halia, belacan, kunyit smpai betul2 halus
  2. Masuk minyak dlm periuk.minyak dlm 2senduk kecik.tumis bhn kisar sampai naik minyak. Petua dari mak saya untuk asam pedas yang sedap, elok jika dtumis lama. Kalau kering tamabh air dan biar lagi
  3. Masuk ayam. Tambah air & asam jawa
  4. Bila ayam dah lembut masukkan garam, gula sikit, tumix & asam keping
  5. Masuk kantan,tomato dan kesum.Jangan terlalu lama nanti tomato terlalu lembik
  6. Siap untuk dihidangkan

Thursday, 9 August 2018

BEST TAN TAN MAROCCAN SPICED CHICKEN










INGREDIENTS:
1 ekor ayam besar potong portion sederhana besar
3 sudu besar madu
1 1/2 tin susu cair
1 tablespoon butter
1/4 cawan stok ayam atau 1 kiub ayam knorr
1 bawang besar saiz besar (blend)
5 bawang putih (blend)
1 big onion make into rings and fried till brown                                                                                                                                                                                                              )
1 limau kering atau beberapa hiris kulit lemon segar
3 pokok daun sup
2 teaspoons lemon juice
20 dates (cross cut into circular pieces)
flat leaf parsley (extra, for garnish)

DIRECTIONS 
Preheat oven to 400 degrees. Mix together Tan-Tan, olive oil and warm water to make a paste; set aside. Melt butter in a Dutch oven or deep skillet over medium-high heat. Add Tan-Tan paste and chicken and stir to coat. Cook chicken strips for 1 min. on each side. Stir in stock and onions, and then lay parsley leaves on top. Cover and bake until chicken is tender, 20 to 25 min. Remove from oven and reduce heat to 200 degrees. Discard parsley, transfer chicken to an ovenproof dish and return to oven to keep warm. Bring remaining sauce in Dutch oven to a simmer on the stovetop. Add lemon juice, preserved lemon pulp and dates. Simmer for 4 to 5 min. until dates are heated through. Turn off heat and stir in preserved lemon rind. Remove chicken from oven and place on a serving platter. Spoon sauce over dish and garnish with fresh parsley leaves.



INGREDIENTS OF TAN-TAN MAROCCAN SEASONING
1tablespoon ground cumin
1tablespoon ground ginger
1 teaspoon salt
1tablespoon black pepper
1/2 tablespoon ground cinnamon
2 tablespoon ground coriander
1/2 tablespoon cayenne
1/2 teaspoon thyme
1/2 teaspoon origano
1/2 teaspoon rosmarry
1/2 teaspoon basil
1/4 tablespoon ground cloves

Wednesday, 8 August 2018

IKAN YU MASAK MASAM KUNYIT



sumber: google

Bahan-bahan diperlukan:
2 ekor ikan yu yang sederhana besar
2 sudu makan chili giling
3 ulas Bawang Merah ( ditumbuk halus)
2 ulas Bawang Putih ( ditumbuk halus )
1 inci Halia & Lengkuas ( ditumbuk halus )
2 sudu besar tepung kunyit
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kari
1 keping asam gelugur
garanm & serbuk perisa



Cara menyediakan dan memasak:
Rebuskan ikan Yu selama 10 minit bagi membuangkan kulit ikan Yu yang ada berpasir sedikit.
Lepas itu basuhkan ikan tersebut dan potong ikut sesuka hati anda
Tumiskan bahan- bahan diatas bersama asam gelugur sampai naik bau.
Lepas itu masukkan serbuk kunyit & kari ..biarkan sekejap
Kemudian masukkan ikan dan sedikit air, pastikan air tidak terlampau banyak.
Lepas itu masukkan garam dan serbuk perisa.
Biarkan selama 10 minit dan biarkan kuahnya nampak pekat sedikit.
Selepas itu bolehlah di angkat dan dihidangkan bersama nasi putih yang panas...


Friday, 3 August 2018

IKAN PARI MASAK LEMAK DAUN CEKUR



sumber: google

Bahan-bahan diperlukan:
sepotong ikan pari ( klu beli kat kedai yang dah siap dipotong ) kalau nak guna ikan keli pun boleh....
4 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
segenggam cili padi ( klu tak nak pedas kurangkan )
segenggam isi cekur ( dibersihkan )
1 inci belacan
garam & perasa secukupnya.
santan ( guna 1 biji kelapa )

Cara menyediakan dan memasak:
goreng bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan menggunakan sedikit minyak ( bawang tidak perlu di hiris sebab nak ditumbuk. Cili padi perlu dihiris sedikit supaya tidak meletup-letup semasa digoreng.)
tumbuk bahan yang digoreng tadi.
gorengkan ikan pari dan ketepikan.
campurkan bahan ditumbuk tadi kedalam santan bersama ikan pari yang telah digoreng tadi. kemudian masakkan diatas api. kacau jangan sampai pecah minyak.
tambahkan garam dan perasa secukupnya. masukkan juga daun cekur yang dimayang tadi.
bila dah masak hidangkan....

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...