Tuesday, 12 March 2019

AYAM PANGGANG LEMAK SERAI


Bahan-bahannya : 
  • 1 ekor ayam dara, dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk ketumbar, jintan halus dan jintan kasar
  • 2 Batang serai – dikisar
  • 2 Labu bawang merah- dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 inch halia – dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 mangkok daun pudina dikisar
  • 2 sudu besar santan pekat
  • Garam & Gula secukup rasa (lebihkan gula sedikit)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak untuk menumis
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dikuali
  2. Letakkan bahan2 yang dikisar halus bersama cili kisar, goreng hingga ia kelihatan kering sedikit.
  3. Letakkan garam dan gula, gula nya biar lebih sedikit, supaya manis.
  4. Letakkan ayam seekor atau dibelah dua. Goreng ayam dengan rempahnya. Biarkan ia masak setengah masak.
  5. Kemudian angkat ayam, dan panggang di dalam ketuhar atau dapur arang. Biarkan ia masak.
  6. Dikuah tadi, letakan santan pekat dua sudu, secubit serbuk kunyit dan masukan daun limau purut goreng hingga masak.
  7. Sajikan ayam bakar/panggang anda dengan kuah lemak serai bersama kentang rebus dan timun & tomato atau ikut citarasa.

No comments:

Post a Comment

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...