Tuesday, 30 April 2019

NASI DAGING SEDAP



Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga menjadi pilihan untuk meraikan para tetamu yang  berkunjung. Terdapat berbagai jenis resepi Nasi Daging di internet. Setelah membuat penelitian, saya gabungkan apa yang saya fikir baik dan menghasilkan satu resepi yang sungguh enak buat keluarga. Saya sangat berterima kasih kepada tuan-tuan empunya resepi yang telah banyak membantu dengan koleksi resepi mereka. Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.


Kali ini saya buat cooking class dengan Afiqah. Sedikit demi sedikit kami serapkan ilmu memasak lauk pauk kepadanya. Memang target kami untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang memasak terutamanya kepada anakanda dan cucunda perempuan. Hasil dari cooking class sangat memberangsangkan dan telah terbukti berkesan apabila Hafidz dapat membuat pulut sekaya lebih sedap dari saya. 




RESEPI NASI DAGING


Bahan Untuk Nasi:

-2 kg daging yang ada urat (kuantiti daging boleh dikurangkan ikut suka hati. Daging yang ada urat lebih        enak apabila sudah direbus hingga empuk)
-6 cawan beras basmathi-direndam 30 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam. 
-1 inci halia(dicincang halus) dam 4 ulas bawang putih serta 7 ulas bawang merah di mayang nipis.
-3 helai daun pandan, disimpul
-2 batang kulit kayu manis, 6bunga cengkih, 4bunga lawang dan  8 buah pelaga
-3 sudu besar minyak sapi(boleh juga guna mentega atau marjerin)
-3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu.
-3 sudu besar rempah kurma untuk ditumis dalam nasi
-1/3 cawan minyak masak
-7  cawan air rebusan daging (kalau tidak cukup, tambah air biasa)
-1 tin susu cair
-1 tin tomato puree (saya gunakan jenama kimbal)
-2 batang serai sedang diketuk.
-Garam secukup rasa
-20 ulas bawang merah untuk ditabur atas nasi(dimayang halus dan digoreng hingga warna keemasan. Jangan terlalu garing sebab rasanya pahit)
-Secekak aun sup dipotong halus untuk dimasak bersama nasi dan juga untuk hiasan atas nasi.

Cara Memasak Nasi Daging:
1)Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair.
2)Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau harum dan warna keemasan.
3)Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
4)masukkan daun pandan dan serai. Tumis hingga semerbak wangi.
5)Masukkan rempah kurma dan rempah nasi daging homemade dan sedikit air rebusan daging. Tumis hingga rempah betul-betul garing. Air rebusan daging ditambah sedikit demi sedikit dalam proses menggaringkan rempah.
6)Masukkan susu cair, tomato puree dan air rebusan daging. Diikuti dengan beras yang sudah disejat terlebih dahulu.
7)Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
8)Masak nasi dengan api sederhana kecil. Apabila nasi sudah kembang dan air kering, masukkan ketulan daging yang sudah diperisakan dengan rempah kurma. Kacau hingga rata.
9)Kukus nasi hingga masak.

Bahan Untuk Hiasan Nasi
-Bawang goreng (bawang merah dimayang dan digoreng hingga keemasan warnanya)
-Daun sup dihiris halus
Bahan Untuk Daging:
-3 ulas bawang merah (dimayang nipis)
-2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
-3 sudu serbuk kurma
-gula dan garam secukup rasa
-sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma dan sedikit air daging dan biarkan sampai pecah minyak. Masukkan ketulan daging yang sudah empok direbus dan sedikit lagi air daging hingga kelihatan berkuah pekat. Teruskan masak hingga air kering dan daging itu nampak seketul-seketul disaluti rempah.

Homemade Rempah Nasi Daging:
-2 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar lada hitam
-1 sudu besar jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-1 batang kulit kayu manis
-2 kuntum bunga lawang
-6 kuntum bunga cengkih
-7 biji buah pelaga
-1 sudu besar halba
-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
-3 biji badam-ditumbuk kasar
Rempah-rempah ini disangai (goreng tanpa minyak hingga garing). 
Kemudian di kisar kering hinga halus


Bahan Untuk Sambal:
-20 biji cili kering
-3 labu bawang besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia yang diameternya 1 inci
-1/2 inci lengkuas yang diameternya 1 inci
-3 batang serai
-1/2 cawan cili sos
-10 helai daun limau purut
-Garam dan gula secukup rasa
-1/2 cawan santan pekat (optional)
-1/2 cawan munyak untuk menumis
-4 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang, sekeping kulit kayu manis 2 inci panjang

Semua bahan dikisar halus. Tumis buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik wangi. Masukkan semua bahan kisar dan tumis hingga naik minyak. Bila rempah sudah agak garing, masukkan santan pekat dan kacau lagi hingga pekat dan masukkan garam dan gula. 


Bahan Untuk Air Asam:
-4 biji tomato saiz sederhana (dadu kecil-kecil)
-3 labu bawang besar (didadu kecil-kecil)
-10 biji cili merah. (dipotong nipis)
-20 biji cili padi (dipotong nipis
-3 biji limau kasturi (diperah airnya)
-50 gram belacan bakar (terpulang kepada individu)
-Garam dan gula secukup rasa
-Air asam jawa pekat secukup masamnya
-3 sudu makan kerisik (boleh dikurangkan atau di)lebihkan)
-Air biasa secukup pekatnya.
Gaul semua bahan di atas hingga. Tambah air setakat mana pekat yang diingini. Setengah orang suka cair sedikit dan ada yang gemarkan air asam pekat. 


Bahan Untuk Acar Rampai:

-Timun muda 3 batang
-Lobak merah 2 batang
-5 biji cili besar merah
-air kapur
-Garam dan gula secukup rasa
-Cuka makan secukup masamnya.
Potong timun panjang-panjang dan buang pulur di tengahnya. Rendam timun ini dengan air kapur selama setengah jam untuk mendapat kerangupan. Lobak merah dan cili juga dipotong panjang-panjang. Saiz lobak merah hendaklah sama dengan timun manakala lebar potongan cili merah hendaklah dikurangkan sedikit. Keseragaman saiz ini akan menyerlahkan kecantikan acar rampai ini. 


Bahan Untuk Ulaman
-Salad
-Timun muda








STEP BY STEP CARA MEMASAK NASI DAGING SEDAP



Daging direbus hingga empuk





Afiqah  sangat gemar memotong daging. Daging dipotong 
besar-besar untuk menyicah dengan air asam.


Tumis rempah kurma dan bawang hingga wangi dan garing.


Masukkan sedikit air daging. Kacau 
hingga harum dan garing. Masukkan ketulan daging 
yang telah direbus hingga empok. Masukkan sedikit garam dan 
gula. Tutup api apabila rempah yang ditumis
bersalut dangan daging. 


Ini pula bahan untuk masak nasi. Segala bawang dan rempah 
ditumis dengan minyak dan minyak sapi hingga harum.


Masukkan daun pandan dan juga serai yang telah 
diketuk terlebih dahulu. Kemudian masukkan rempah 
kurma dan rempah nasi daging homemade.


Apabila rempah sudah garing, masukkan susu cair, air rebusan 
daging dan tomato puree berserta beras yang telah ditoskan. '

Masukkan daun sup dan kacau hingga rata. Hanya guna api sederhana
supaya nasi tidak hangit. Kacau sekali sekala sahaja agar beras basmati
kekal panjang dan cantik. 


Beginlah rupa nasi yang hampir kering. Ketika ini nasi masih mentah.
Elakkan kacau dengan kerap agar nasi tidak hancur. Masukkan
daging yang sudah cukup rasanya ke dalam nasi.
Timbuskan daging dengan nasi. 


Masukkan nasi ke dalam kukusan yang berlapik jala mata halus.Bagi kami yang tinggal di kampung nelayan. jala jenis ini senang di dapati dari nelayan. Jala ini digunakan untuk memukat ikan bilis. Jala yang sama boleh dibeli dari kedai iaitu jala untuk membasuh pinggan mangkuk. Buka ikatan gumpalannya dan dibasuh terlebih dahulu. Jala ini mengelakkan beras jatuh ke dalam air dan juga memastikan wap air panas keluar dari celah-celah lubang yang kita buat pada nasi dalam bekas kukusan. Daging sudah empok dan penuh dengan rasa. Nasi pula masak dengan sempurna tanpa kerak. Nasi dan daging menjadi satu hati satu jiwa walaupun bertemu di akhir perjalanan.



Taburkan bawang goreng dan daun sup yang dipotong halus ke atas nasi yang telah dihidang ke dalam bekas.




Inilah bahan-bahan untuk  air asam iaitu tomato, cili besar merah,
cili api merah (hijau pun boleh), belacan, bawang besar, kerisik,
 air asam jawa ikut cita rasa masamnya, sedikit garam,
sedikit gula dan kerisik.



Sudah bersedia untuk dicampurkan dengan air asam jawa, kerisik, 
perahan limau, garam dan gula secukup rasa.




Pastikan air asam tidak cair. Kepekatan seperti di atas sesuai untuk 
dicicah daging.




Acar rampai yang terdiri dari timun batang (di potong panjang-panjang tanpa pulurnya dan direndam dalam air kapur selama 10 minit supaya rangup), carrot, bawang besar dan cili besar merah dapat menambah nikmatnya nasi daging. Saya juga sediakan sambal tumis ala masak merah di samping air asam untuk menambah perisa yang ada. 


Sambal ini disediakan menggunakan resepi ayam masak merah. 
Cuma kita tidak perlu masukkan ayam goreng sahaja.



Ulam-ulaman seperti timun dan salad juga sesuai untuk dicicah air asam. 
Daging adalah makanan bersifat asid dimana ia akan mengeluarkan asid ketika
dihadamkan. Sayuran pula bersifat alkali dan gabungan 
kedua-duanya akan mengimbangkan kandungan asid dalam badan. 
Keseimbangan ini sangat penting untuk mempunyai badan sihat walafiat.



Hidangan Nasi Daging ini senang dan sungguh lazat. Sangat sesuai untuk meraikan tetamu yang berkunjung. Pasti tetamu akan datang lagi untuk menikmatinya.


Untuk keluarga tersayang dengan penuh kasih sayang.




Semoga anak-anak membesar dengan sihat dan dirahmati Allah. Bersyukurlah dengan air mata kerana ada mereka yang tidak bernasib baik dan dalam kelaparan. Pendidikan kerohanian dapat disampaikan kepada anak-anak ketika menikmati hidangan di meja makan agar mereka menjadi generasi yang menghargai segala nikmat Allah kepada mereka.

Sunday, 17 March 2019

AYAM MASAK KANDAR

Ayam seekor dipotong ikut suka (boleh goreng separuh masak atau biarkan mentah)
Bahan A
  • *Jintan Manis 2 sdu mkn
  • *Jintan putih 1/2 sdu mkn
  • *2 Bawang Holland sebiji potong 4
  • *8 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *24 tgkai cili kering
  • * Goreng terlebih dulu kemudian blend dgn minyak
Bahan B
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • 4 sdu mkn Serbuk kari
  • 2 sudu mkn Serbuk kurma
Cara-Caranya :
  1. Tumis kesemua bahan B sampai naik bau dan serbuk kari kurma pecah minyak
  2. Masukkan bahan A
  3. Masak dalam 10 minit
  4. Masukkan kicap manis
  5. Masukkan ayam
  6. Perasakan dgn gula garam
  7. Masukkan bawang Holland yang di potong bulat, cili hijau dan daun kari
  8. Biarkan sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan

Tuesday, 12 March 2019

AYAM GORENG MASAK HIJAU


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam besar di potong 16
  • Gaulkan dengan jintan putih dan garam,
  • Perap selama 1/2 jam
  • Goreng setengah masak & di tepikan.
  • 2 biji bawang besar kuning
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 4 batang cili hijau
  • 5 biji cili padi
  • 6 helai daun limau purut
  • Bahan2 di atas di kisar halus.
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai di titik
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub knorr ikan bilis
  • 2 biji limau kasturi, ambil jus nya
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak di kuali besar.
  2. Letakkan 2 batang serai yang sudah titik.
  3. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
  4. Biarkan hingga rencah bangkit banya.
  5. Letakkan 1 kiub knorr, garam & gula secukup rasa. Rasa kuah rencah nya.
  6. Letakkan 1 cawan air, untuk kuah. Kemudian masukan ayam yang sudah digoreng (1/2 masak).
  7. Letakkan daun kunyit yang di potong kasar dan jus limau kasturi.
  8. Tutupkan kuali dan biarkan ayam masak dalam 20 minit.
  9. Sajikan panas-panas bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk lain.

RENDANG AYAM


1/ 2 ekor ayam ( dipotong kecil )
Bahan kisar
  • 15-18 tangkai cili kering
  • 1 1/ 2 biji bawang besar
  • 6- 7 ulas bwg putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 3 batang serai
( Kisar semua bhn ni )
  • 1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air. .perah dan ambil santannya)
  • 5 helai daun limau purut ( carik-carikkan )
  • 2 paket kecil kerisik
  • 2 helai daun kunyit ( hiris )
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 sdb gula pasir
  • 1/ 2 sdb garam
  • 1 sdt perasa
  • 1 1/2 senduk minyak masak
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan asam keping ,gula dan tumis hingga betulbetul naik minyak.
  4. Masukkan kerisik, daun limau purut dan santan.
  5. Tunggu sehingga santan mendidih dan mula kering (sentiasa kacau jangan sampai pecah santan)..
  6. Masukkan ayam dan  letak garam dan perasa..
  7. Tunggu sehingga ayam empuk..
  8. Tabur daun kunyit
  9. Apabila kuah dah pekat.. Sesuaikan rasa..
  10. Tutup api dan sedia utk dihidang

AYAM BLACK PEPPER


Bahan-bahan
  • Ayam
  • 2 biji bawang putih – dihiris
  • 2 biji bawang besar(merah) – dihiris
  • 2 inci halia – dihiris panjang
  • 2 tangkai lada kering
  • 2 sudu lada hitam – ditumbuk agak kasar.
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • Kiub perasa ayam (suku kiub)
  • Garam secukup rasa (hujung sudu)
Cara-cara
  1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
  3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga agak likat.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Sedia untuk di hidang! Boleh tambah sukatan bahan2 ikut selera masing2

AYAM SAPIT


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam di potong 12 Atau 5 Keping Peha Ayam
  • 3 biji buah keras – ditumbuk halus
  • 4 cm (1.5 inch) lengkuas – dikisar
  • 4 cm (1.5 inch) halia – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 batang serai – di titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar (coriander)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
  • Bahan2 di atas digaulkan pada ayam dan perapkan
  • dalam 1/2 atau 1 jam
  • 100ml krim santan
  • 6 helai daun limau purut
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya :
  1. Rempahkan ayam dengan serbuk-serbuk rempah kunyit, ketumbar, jintan manis & putih, perapkan dalam setengah atau satu jam.
  2. Panaskan minyak di kuali, letakan sera, bahan-bahan rencah yang di kisar. Goreng hingga wangi.
  3. Letakkan 1 cawan air dan daun limau purut.
  4. Letakkan ayam yang sudah di perap, bersama garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak hingga ayam masak dan biarkan kuah nya pekat sedikit.
  6. Letakkan krim santan pada kuahnya, gaulkan rata.
  7. Bila ayam sudah masak, angkat ayam.
  8. Goreng ayam di kuali tanpa minyak, golek2kan supaya ada bekas tanda2 bakar.
  9. Boleh di letakan di ketuhar (api atas 170C atau panggang di atas bara arang. Bila disajikan tuangkan kuah di atas ayam.
  10. Sesuai di sajikan dengan lontong, ketupat atau nasi putih bersama hidangan juadah lain

AYAM SAPIT


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam di potong 12 Atau 5 Keping Peha Ayam
  • 3 biji buah keras – ditumbuk halus
  • 4 cm (1.5 inch) lengkuas – dikisar
  • 4 cm (1.5 inch) halia – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 batang serai – di titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar (coriander)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
  • Bahan2 di atas digaulkan pada ayam dan perapkan
  • dalam 1/2 atau 1 jam
  • 100ml krim santan
  • 6 helai daun limau purut
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya :
  1. Rempahkan ayam dengan serbuk-serbuk rempah kunyit, ketumbar, jintan manis & putih, perapkan dalam setengah atau satu jam.
  2. Panaskan minyak di kuali, letakan sera, bahan-bahan rencah yang di kisar. Goreng hingga wangi.
  3. Letakkan 1 cawan air dan daun limau purut.
  4. Letakkan ayam yang sudah di perap, bersama garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak hingga ayam masak dan biarkan kuah nya pekat sedikit.
  6. Letakkan krim santan pada kuahnya, gaulkan rata.
  7. Bila ayam sudah masak, angkat ayam.
  8. Goreng ayam di kuali tanpa minyak, golek2kan supaya ada bekas tanda2 bakar.
  9. Boleh di letakan di ketuhar (api atas 170C atau panggang di atas bara arang. Bila disajikan tuangkan kuah di atas ayam.
  10. Sesuai di sajikan dengan lontong, ketupat atau nasi putih bersama hidangan juadah lain

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...