sumber: google
Bahan Untuk Rempah Kari Ayam / Daging
5 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 batang kayu manis dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan Untuk Rempah Kari Ikan
5 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Membuatnya
Cuci semua rempah di atas kecuali serbuk kunyit.
Jemur hingga kering.
Kemudian sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum.
Sejukkan sebentar kepada suhu bilik.
Kisar rempah sehingga halus.
Tambah serbuk kunyit dan gaul rata.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.
REMPAH GARAM MASALA
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :
Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus.
REMPAH KARI KURMA.
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :
Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..
Resepi Rempah Mamak Haji untuk Kari Ikan 1/2 kg
Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)
1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
GARAM MASALA
4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sederhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.
No comments:
Post a Comment