Saturday, 17 February 2018

IKAN BAKAR PORTUGIS


FROM BLOGGER




BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari, setiap satu panjang kurang lebih 1 jengkal
4 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (4 ulas bawang putih, cincang halus dan goreng dengan 1/3 cawan minyak masak hingga bawang putih harum dan perang. Tapis dan sejukkan)
3/4 camca besar pes asam jawa
Daun pisang secukupnya (layur atas api hingga lembut, agar mudah digunakan)
Limau kasturi secukupnya
Hirisan cili padi untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HANCUR :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai, hiris
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
3 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan2 kisar hancur tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah garam dan gula dan masak hingga sambal pekat. Masukkan 2 helai daun limau purut (2 helai lagi dimayang halus), masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sambal sejuk sebelum digunakan.
Ikan pari dibersihkan dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Untuk bakar ikan che mat guna 2 helai daun pisang yang telah dipotng 4 persegi. Pastikan saiz potongan lebih besar dari panjang ikan tadi...Kita mula membungkus..
Ambil 2 helai daun pisang dan lapiskan. Ceduk 1/6 bahagian sambal dan ratakan atas daun pisang. Letak sekeping ikan pari, tuang sedikit minyak bawang putih dan ratakan. Cedok lagi sambal dan lumur atas ikan tadi. Tabur dengan hirisan bunga kantan dan hirisan daun limau purut. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki ikan dan bahan2 lain hingga siap.
Panaskan oven atau che mat guna kuali pemanggang ajaib. Bakar ikan tadi selama 7- 10 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Tabur hirisan cili padi dan hidangkan bersama belahan limau kasturi....

CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda bakar atas api bara, balut bungkusan daun pisang yang berisi ikan dengan aluminium foil untuk mengelakkan ia hangus. Boleh juga ditukar dengan ayam jika anda suka dan pastikan anda bahagi sambal tadi kepada 3 bahagian untuk memudahkan kerja anda....Selamat mencuba!!....

Thursday, 25 January 2018

DAGING MASAK LADA HITAM



FROM GOOGLE


FROM GOOGLE



Bahan-Bahan:
500g daging (bahagian batang pinang)
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
2 tangkai cili merah (potong kasar)
Bawang besar holland
2 sudu kecil tepung jagung
Cara Penyediaan:
Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.
Tips
Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.




350 gm daging - bersih dan rebuskan hingga empuk
Sedikit air rebusan daging - secukupnya
1 biji lada benggala hijau/merah
3-5 sudu besar sos lada hitam
3 sudu serbuk lada hitam
1 biji bawang holland dimayang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
air secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN DIHIRIS :
1 inci halia
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Directions
1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Masukkan bawang besar,bawang putih,halia..tumiskan hingga naik bau.
3) Kemudian,masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,sos tiram,sos tomato dan kicap manis,diikuti sedikit air rebusan daging.
4) Kemudian,masukkan daging bersama lada benggala..kacau hingga sebati.
5) Akhir sekali,masukkan bawang holland yang dimayang . kacau sekejap dan bolehla diangkat.

6Siap untuk dihidang

Tuesday, 23 January 2018

RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.


From Google

BAHAN-BAHAN:

1 kg Sotong putih (sarat telur).
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
1 tsp gula pasir.
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
2 ranting daun kari.
3 cili merah dibelah dua memanjang.
Daun bawang dipotong 2 inci.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup. 

Monday, 22 January 2018

KARI KERANG DAN BETIK MUDA

KARI KERANG & BETIK...


FROM GOOGLE




BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg kerang segar, cuci bersih dan toskan
1 biji betik mengkal kekuningan, kupas kulit, buang biji dan potong kiub
250 ml pati santan
1 liter santan cair
Sedikit air jika perlu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna "Babas")
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawag merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/3 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :
Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan rempah kari + bahan kisar halus dan biar hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan kerang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga kerang masak (mudah terbuka). Masukkan betik dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau sekali sekala. Masak dengan api sederhana..
Bila betik lembut sedikit, rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...Selamat mencuba...

Friday, 19 January 2018

THAI BBQ SEASONING




INGREDIENTS



1 tablespoon fresh ground white pepper
1 tablespoon fresh ground black pepper
1 tablespoon ground dried hot Thai red chili pepper (to taste)
1⁄2 tablespoon ground cumin

2 tablespoons garlic powder
2 tablespoons ground ginger

2 tablespoons dried lemongrass (ground powder)
2 tablespoons dried lime zest
2 tablespoons dried mint
2 tablespoons toasted unsweetened coconut, ground

1 -2 tablespoon brown sugar (optional)
1 tablespoon sea salt

MACORONI GORENG

From Google

Bahan Bahan
1 paket macaroni
1 cawam daging ayam cincang
1 batang lobak merah (dihiris)
1 biji tomato (dadu)
1 batang cili (dihiris)
1/2 biji lada benggala (dadu)
1 batang daun sup (dihiris)
1 batang daun bawang (dihiris)

Bahan Bahan tumis
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos lada hitam
1-2 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu besar sos cili
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 cawan air
2-3 sudu besar minyak masak
sedikit garam sebagai perasa

1. Panaskan periuk dengan air yang secukupnya dan rebuskan air hingga mendidih dan masukan macaroni, rebus hingga lembut.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
3. Masukan ayam cincang, goreng sebentar hingga bewarna putih dan masukan sedikit lada hitam.
4. Masuk cili boh,  sos lada hitam, sos cili, kicap pekat, garam dan masukan air, renih sebentar.
5. Masukan lobak merah, lada benggala, cili dan macaroni, kacau goreng hingga hampir lembut dan masukan duan sup dan daun bawang.

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...