BAHAN-BAHAN PERAP
8 keping daging steak kambing
8 ulas bawang merah sederhana besar*
8 ulas bawang putih sederhana besar*
8 sudu teh serbuk lada hitam
8 sudu teh origano kering
8 sudu teh thyme kering
8 sudu teh rosmarry kering
8 sudu besar peres sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak zaiton
1 inci halia*
1 kiub ayam knorr
Yang bertanda diblend halus dan campurkan semua bahan.
Perap lebih dari 4 jam. Untuk mendapat rasa dan kelembutan daging yang maksimaj, sebaiknya diperap selama batu malam.
BAHAN-BAHAN UNTUK MENGGRIL DAN SOS LADA HITAM
4 ulas bawang putih
1 sudu besar peres lada hitam
3 kulat kering
sedikit garam
sedikit minyak untuk menggoreng. Sekiranya daging kambing itu tidak ada banyak lemak, bolehlah gunakan minyak sapi rasa lebih enak
CARA-CARA:
Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak hingga naik wangi. Tuangkan daging perap dan air perap ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga daging masak. Kacau sekali sekala agar daging tidak hangit. Keluarkan daging dan masukkan kuah yang tinggal itu ke dalam periuk untuk dibuat sos black paper. Tambahkan air dan masukkan kulat kering, Masak hingga kulat itu lembut. Keluarkan kulat dan potong halus-halus dan masukkan balik ke dalam periuk. Masak hingga kering sedikit. Tambahkan lada hitam dan juga tepung jagung yang telah dibancuh dg air. Masakkan sos hingga likat sedikit. Tambah sedikit garam secukup rasa.
Grilkan kepingan daging kambing itu hingga daging jadi sedikit garing.
No comments:
Post a Comment