Monday, 11 June 2018

RESEPI RENDANG DAGING KAMBING PUDINA




Bahan-bahannya:
● 1/2 kilo daging (lembu/kambing)
● 1 biji bawang besar(boleh tambah kalau nak kuah lebih)
● 1 biji cili hijau (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
● 4 ulas bawang putih
● 1 inci halia
● 1/2 cawan daun pudina
● 1/2 cawan daun ketumbar
● 1/4 tsp serbuk kunyit
● 1/4 tsp serbuk lada hitam
● 1/2 tsp serbuk jintan putih
● *bahan tumis*
● 2 bj buah pelaga, 2 bj bunga cengkih, 2cm kayu manis

Cara-cara
1. Rebus daging hingga empuk.

2. Kisar bawang besar, cili hijau, bawang putih, halia, daun pudina dan daun ketumbar. (tak payah halus sangat)

3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumis (pelaga, cengkih, kayu manis)

4. Masukkan bahan kisar tumis hingga pecah minyak. masukkan daging yang telah direbus tadi.

5. Masukkan serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan serbuk jintan putih. Gaul rata. boleh tambah air jika nak berkuah sedikit. Kacau rata. sedap dimakan dengan nasi beriani atau roti dan juga capati.

No comments:

Post a Comment

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...