Monday, 11 June 2018

RENDANG KAMBING



Bahan-bahan diperlukan:

1 kg daging kambing
½ cawan kerisik
3 cawan santan
5 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut
3 sudu makan gula merah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan kering:
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan lada hitam  (Ditumbuk)

Bahan kisar:
25 tangkai cili kering
20 biji bawang merah
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas

Cara menyediakan dan memasak:
Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan.
Perapkan daging dengan ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan lada hitam.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Masak sehingga daging lembut.
Masukkan kerisik, santan, asam gelugur, daun limau purut, gula merah, dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga pekat.
Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...