Monday, 4 June 2018

AYAM GOLEK BLACK PAPER




BAHAN-BAHAN:

-1 ekor ayam yang besar

-1 biji limau nipis
( Aroma limau nipis ini akan menghilangkan rasa ayam mentah. Kuantiti ini tidaklah memasamkan bahan perap. Rasa masam yang berlebihan akan mengurangkan rasa kesegaran ayam kelak)
-1 batang serai sedang diblend (bagi yang suka rasa serai)
-1/2 labu bawang putih yang besar
-1/2 labu bawang besar
-1 inci halia.

(Keempat-empat bahan ini dikisar. Tapi untuk dapatkan rasa yang lebih enak hasilnya, elok ditumbuk lumat. Terpulanglah kepada kemampuan sendiri. Saya usahakan tumbuk je...agar dapat kepuasan rasanya nanti.

-1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
-1 sudu besar jintan putih
- 1/4 cawan sos tiram
-1 sudu besar oregano kering
-1sudu besar thyme kering
-1sudu besar rosemarry kering

( Ketiga-tiga western herbs ini memang wangi baunya dan menghasilkan rasa ayam yang enak.Boleh didapati di mana-mana kedai rempah India.Andai tak ada, boleh digantikan dengan ketumbar biji ditumbuk kasar sebanyak 3 sudu besar dan serbuk kari daging sebanyak 3 sudu besar)
-Setengah cawan madu. Andai tak ada madu, bolehlah digantikan dengan gula perang. Saya guna kedua-dua sekali. Memang sedap rasa gabungan gula perang dan madu ini.
-Setengah cawan minyak zaiton

Juga diperap selama 24 jam dalam peri ais untuk dapat rasa ayam yang enak. Masukkan ke dalam kuali besar dan masak ayam yang telah diperap tadi hingga ayam itu masak dan kuah jadi  kering. Lepas itu grill.

No comments:

Post a Comment

NASI DAGING SEDAP

Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga ...